My Add

Tuesday 10 July 2012

KPR FELCRA kini miliki 51,634 ahli

KUALA LIPIS, SELASA, 10 Julai, 2012: Sebanyak 159 Koperasi Peserta Rancangan (KPR) ditubuhkan di tanah rancangan FELCRA seluruh negara dan kini mempunyai 51,634 keahlian. 

Ahli Lembaga Pengarah FELCRA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, jumlah saham koperasi kini ialah RM49,896,186 juta dan mempunyai asset bernilai RM142,090,932 juta.

"Manakala pendapatan diperoleh melalui perniagaan dijalankan ialah sebanyak RM235,449,656 juta bagi 2011 dengan memperoleh keuntungan sebanyak RM10,021,622 juta," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Koperasi Peserta Rancangan Felcra Bhd Sungai Temau Lipis, di sini. 

Abdul Fattah berkata, di Pahang saja, terdapat 23 KPR dengan ahlinya seramai 8,830 individu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment