My Add

Thursday 19 July 2012

KPT perketat syarat kemasukan pelajar asing ke IPTS

KUCHING, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi memperketatkan syarat kemasukan pelajar asing ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi memastikan mereka tidak menyalahgunakan pas dan visa pelajar. 

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, antara syarat baru yang ditetapkan ialah wajib mempunyai Sijil Tiada Bantahan (NOC) selain mempunyai surat tawaran daripada IPTS untuk melanjutkan pelajaran di negara ini sebelum pas pelajar dapat diberi. 

"Berbeza sebelum ini seseorang pelajar asing yang mahu melanjut pendidikan di Malaysia boleh datang ke sini dan memohon ke IPTS tempatan dan selepas berjaya barulah mereka memohon pas dan visa belajar di sini dan sebab itu kita tetapkan syarat baru itu untuk mengawal kemasukan pelajar asing ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan IPTS Zon Sarawak di sini hari ini. 

Beliau berkata, kini terdapat kira-kira 53,000 pelajar asing kebanyakannya dari negara Iran, China dan Indonesia menuntut di 506 IPTS di seluruh negara selain 401,795 pelajar tempatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment