My Add

Tuesday 17 July 2012

Leftenan Kolonel maut, pekerja Proton parah jatuh gaung

HULU LANGAT, ISNIN, 16 Julai, 2012: Seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel maut akibat dirempuh sebuah kenderaan selepas terjatuh dan tercampak daripada motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya di Kilometer 303.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur berhampiran susur keluar Plaza Tol Kajang di sini pagi ini.

Dalam nahas pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa Zainudin Yaacob , 52, yang bertugas di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak dekat sini maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh sendiri di lorong paling kanan lebuh raya.

"Semasa kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki ER-6 dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Kuala Lumpur,' KATANYA.

Di LEDANG, Johor, seorang pekerja syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) cedera parah setelah mengalami patah tangan, tulang rusuk, tulang pinggul dan paha setelah tergelincir lalu terjatuh ke dalam gaung semasa mendaki Gunung Ledang, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.10 pagi itu, mangsa, Halfian Abd. Rahim, 36, yang berasal dari Sri Petaling, Kuala Lumpur, jatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter itu pada ketinggian kira-kira 1,000 meter dari aras laut.

Dia yang bekerja di kilang pengeluaran Proton di Tanjung Malim, Perak sebelum itu mendaki bersama 10 rakannya termasuk dua wanita dan bermalam di Check Point 4, Sabtu lalu sebelum meneruskan pendakian ke puncak semalam.

Halfian berjaya dibawa keluar pukul 3 petang oleh renjer Taman Negara Gunung Ledang sebelum dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment