My Add

Monday 23 July 2012

Liga Arab gesa Assad berundur

DOHA, ISNIN, 23 Julai, 2012: Negara Arab hari ini menggesa Presiden Syria, Bashar al-Assad agar menyerahkan kuasa bagi menamatkan kekacauan dan pemberontakan dalam negara. 

Gesaan Liga Arab itu diumumkan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani selepas menghadiri mesyuarat pertubuhan itu di sini.“Terdapat persetujuan dan keperluan segera agar Presiden Bashar al-Assad mengundur diri,” katanya. 

Liga Arab uturt meminta kumpulan pemberontak, Tentera Pembebasan Syria akan membentuk kerajaan peralihan bagi memastikan perpaduan dapat diwujudkan. 

“Kami meminta pembangkang dan Tentera Pembebasan Syria akan membentu kerajaan perpadyan," kata Sheikh Hamad ketika menghuraikan keputusan yang dibuat padap mesyuarat Liga Arab itu. 

Semalam sahaja, 123 dilaporkan terbunuh di seluruh Syria dengan 59 daripadanya membabitkan orang awam. 

Sheikh Hamad berkatam Assad mampu menghentikan lebih banyak pertumpahan darah dan keganasan dengan membuat keputusan yang wajar. 
Dalam mesyuarat itu, Liga Arab bersetuju menawarkan bantuan berjumlah AS$100 juta kepada pelarian Syria. - AFP 

No comments:

Post a Comment