My Add

Wednesday 11 July 2012

MBI akan lantik firma audit bebas kaji kutipan hutang Talam

SHAH ALAM, RABU, 11 Julai, 2012: Menteri Besar Incorporated (MBI) akan melantik firma audit dan akauntan bertaraf antarabangsa untuk meneliti dan mengkaji proses pelaksanaan kutipan hutang Talam Corp sepenuhnya, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Beliau berkata, kutipan hutang Talam dilakukan oleh MBI, yang ahli lembaga pengarahnya terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan profesional termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Muhammad Khusrin Munawi, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohd Ariff Ab Rahman, dan dipengerusikan oleh Abdul Khalid sendiri.

Sejumlah lima firma akan dijemput oleh MBI minggu hadapan dan satu daripada mereka akan dipilih untuk melaksanakan tugas menyediakan satu laporan dan analisis secara profesional, katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, usaha-usaha ini akan dikelolakan oleh bekas Akauntan Negara, Datuk Mohd. Salleh Mahmud.

Abdul Khalid juga berkata, terdapat kelewatan di pihak kerajaan negeri untuk menyediakan laporan kertas putih mengenai proses kutipan hutang Talam kerana proses menyemak hak milik tanah, pemindahan hak milik tanah dan kesahihan aset yang dimiliki Talam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment