My Add

Sunday 15 July 2012

Moto3: Zulfahmi tempat kesembilan di GP Itali

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Julai, 2012: Pelumba Moto 3 negara, Zulfahmi Khairuddin sekadar berpuas hati di tempat kesembilan pada perlumbaan Grand Prix Itali yang berlangsung di Mugello hari ini.

Pelumba kelahiran Banting, Selangor itu mencatatkan masa 40:15.569 untuk memungut tujuh mata menjadikan keseluruhan 66 mata dalam sembilan perlumbaan setakat ini.

Perlumbaan hari ini dimenangi pelumba Sepanyol, Maverick Vinales dari pasukan Honda diikuti oleh rakan sepasukan, Romano Fenati dari Itali manakala di tempat ketiga milik Sandro Cortese, pemandu KTM dari Jerman.

No comments:

Post a Comment