My Add

Monday 2 July 2012

Permohonan Anwar batalkan pertuduhan, 3 September

           Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Julai, 2012: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 3 Sept untuk mendengar dua permohonan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan dua pertuduhan yang sedang dihadapinya berhubung perhimpunan Bersih 3.0, tatakala satu pertuduhan baharu dikemukakan terhadapnya hari ini.

Mahkamah juga menetapkan hari yang sama untuk mendengar bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan berkenaan.

Hakim Mahmud Abdullah menetapkan tarikah itu hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Abdul Wahab Mohamad memaklumkan kepada mahkamah mengenai pertuduhan tambahan itu terhadap Anwar, timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin.

Abdul Wahab juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan sejumlah 30 afidavit berkaitan permohonan itu dan salinan afidavit itu telah diserahkan kepada peguam bela pada Khamis lepas.

"Kami juga telah memfailkan pada Jumaat bantahan awal (PO) (pendakwaan) kami berhubung dengan dua permohonan oleh peguam bela Anwar.

"Walaupun kami telah bersedia untuk mengemukakan hujahan mengenai permohonan yang difailkan pihak pembelaan, peguam bela hanya mengetahui mengenai bantahan kami pagi ini dan mereka perlukan sekurang-kurangnya dua minggu hingga sebulan untuk menelitinya dan menjawab semua afidavit kam," kata Abdul Wahab.

Peguam yang mewakili Anwar, Ram Karpal Singh berkata pihak pembelaan memerlukan lebih banyak masa untuk meminda dua permohonan awal itu kerana Anwar menghadapi satu lagi pertuduhan hari ini.

"Kami perlukan masa untuk mendapatkan arahan lanjut daripada anak guam kami dan mengkaji semua afidavit yang difailkan oleh pihak pendakwaan," kata Ram Karpal Singh.

Hari ini, Anwar, Mohamed Azmin dan Badrul Hisham berdepan pertuduhan ketiga iaitu bersubahat dengan R.Tangam, G.Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim Ibrahim bersama penyokong "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) yang melebihi lima orang telah menentang perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan diadakan di kawasan Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei.

TPR Ishak Mohd Yusoff memberitahu pemberita kemudiannya, pihak pendakwaan telah mengemukakan bantahan atas alasan bahawa mahkamah (Mahkamah Sesyen) tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu mengikut Seksyen 30, Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Pada 28 Mei, Anwar memfailkan dua permohonan untuk membatalkan dua pertuduhan yang dihadapinya berhubung perhimpunan 28 April atas alasan ianya tidak betul dan tidak sah.

Pada 22 Mei lepas, Anwar, Mohamed Azmin dan Badrul Hisham dituduh mengambil bahagian dalam protes jalanan yang telah mencetuskan huru-hara di ibu negara.

Ketiga-tiga mereka juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu bersuhbahat dengan Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan dengan menghasut mereka membuka sekatan besi di Jalan Raja, di sini pada hari yang sama.

Mereka merupakan kumpulan pertama didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment