My Add

Thursday 12 July 2012

Raja Nazrin syorkan Suruhanjaya Tadbir Urus Global

 Raja Dr Nazrin 
KUALA LUMPUR,RABU, 11 Julai, 2012: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini menyeru supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Tadbir Urus Global menerusi rakan-rakan khusus dari seluruh dunia demi meningkatkan tadbir urus global di abad ini.

"Beta percaya masanya sudah tiba bagi idea sebegini. Inisiatif ini akan mewakili suatu usaha sejagat yang sebenarnya.

"Masanya sudah sampai bagi membenihkan satu kajian substantif oleh sebuah badan tertinggi peringkat antarabangsa seperti sebuah suruhanjaya terdiri daripada orang-orang terkemuka antarabangsa dengan dibantu oleh sebuah panel pakar."

Baginda menyampaikan titah diraja bertajuk "Cabaran Tadbir Urus Dunia dan Era Baru Diplomasi" kepada diplomat dan wakil-wakil perhubungan luar negeri di Institut Diplomasi Asing dan Hubungan Luar (IDFR) di sini.

Raja Nazrin, yang juga penaung diraja IDFR, bertitah walaupun ianya bebas, suruhanjaya tersebut akan mendapat manfaat daripada sokongan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Jika ia dilancarkan, suruhanjaya ini akan memikul tanggungjawab berat dan ia dikehendaki menjalankan tugas tanpa takut dan memihak, kerana itu ia berkhidmat seperti diamanahkan ke atasnya," titah baginda.

"Suruhanya mesti melakukan penilaian yang jujur dan objektif terhadap kerangka tadbir urus sedia ada hari ini, kekuatan dan kelemahannya, yang mana mana ia berjalan dengan baik dan sebaliknya, serta sejauh mana ia relevan dengan keperluan masa.

"Ia mesti tampil dengan cadangan untuk menjadikan tadbir urus dunia global yang dilihat lebih baik dalam abad ke-21.

"Sudah tentu cadangan tersebut suatu yang berani dan berpandangan ke hadapan, namun ianya dibuat dengan berpijak di bumi," tambah baginda.

Menurut baginda, usaha tersebut hendaklah diteruskan tertumpu ke arah cabaran yang dihadapi dalam mentadbir urus dunia bukan hanya untuk masa kini tetapi juga bagi masa depan.

Baginda bertitah kajian yang penting itu tidak dapat lari daripada menghadapi empat bidang kritikal, yang pertama mengenai keadaan persekitaran strategik yang berkembang.

Raja Nazrin bertitah yang kedua ialah perubahan pada struktur dan prosedur instutusi pelbagai hala tadbir urus dunia seperti PBB yang mana telah banyak menjadi tajuk kajian dan perbahasan peringkat antarabangsa.

"Kajian yang sama juga diperlukan bagi institusi penting seperti Bank Dunia, Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)," titah baginda.

Menurut baginda, bidang ketiga pula sepatutnya mengenai pengendalian lebih berkesan terhadap proses tadbir urus di semua peringkat untuk Jawatankuasa Antarabangsa bagi Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

Sementara yang keempat ialah cadangan yang kuat bagi memisahkan budaya keselamatan dunia dan mengurangkan perbelanjaan ketenteraan adalah satu keutamaan segera dalam mengembangkan tadbir urus dunia yang baik dan mencapai keamanan antarabangsa, titah Raja Nazrin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment