My Add

Sunday 15 July 2012

Shafie yakin ekonomi luar bandar terus dimantapkan

TAIPING, SABTU, 14 Julai, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yakin kegiatan ekonomi sektor luar bandar akan terus dimantapkan oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, selain penyediaan prasarana, usaha memadatkan kawasan luar bandar dengan kegiatan ekonomi seperti di bidang perikanan dan pertanian yang bernilai tambah, perniagaan peruncitan serta perniagaan lain akan ditingkatkan.

"Kawasan luar bandar masih memerlukan bantuan, kampung-kampung mendapat pembelaan dan sudah pasti semua ini akan diberi tumpuan kerajaan menerusi belanjawan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Taiping di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment