My Add

Friday 28 September 2012

Kerajaan kurangkan kadar cukai pendapatan satu mata peratusan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 September, 2012:: Kerajaan mencadangkan untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin diturunkan satu mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu akan mengeluarkan 170,000 pembayar cukai daripada membayar cukai serta pembayar cukai pendapatan sedia ada juga menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

Semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, Najib berkata, sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.

Beliau berkata, pada masa yang sama, bagi terus memacu transformasi gerakan koperasi, kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan koperasi, juga dikurangkan antara satu hingga tujuh mata peratusan di semua kumpulan pendapatan bercukai.

"Dengan ini, seramai tujuh juta anggota koperasi akan menikmati manfaat sebagai galakan untuk meningkatkan keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment