Jawatankuasa khas tambah baik khidmat mahkamah
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 28 September, 2012: Satu jawatankuasa khas akan ditubuh bagi membantu menambah baik perkhidmatan mahkamah kepada pelanggannya dan masyarakat.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata jawatankuasa itu akan dianggotai wakil Pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, komuniti perniagaan, golongan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata secara formal, kini terdapat satu Jawatankuasa Bersama yang dianggotai badan kehakiman, Pejabat Peguam Negara, Majlis Peguam serta agensi lain bagi menyelesaikan masalah dan isu berbangkit.
"Jawatankuasa ini bermesyuarat secara ad hoc, bila perlu. Antara isu berbangkit ialah memudah dan menyeragam peraturan.
"Sehubungan itu, jawatankuasa ini sudah memutuskan beberapa pindaan terhadap prosedur dalam kes sivil dan jenayah," katanya dalam ucapan penutupan Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2012 di sini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment