My Add

Friday 28 September 2012


Mangsa banjir di Pendang meningkat kepada 91 orang


ALOR SETAR, JUMAAT, 28 September, 2012: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pendang meningkat daripada 43 kepada 91 orang sehingga jam 6 petang tadi.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Pendang Mohd Izudin Inusneah berkata, mereka membabitkan 26 keluarga dari sembilan kampung.

Semua mangsa dipindahkan ke Pusat Rakan Sukan, Tanah Merah dekat sini, dan mereka merupakan penduduk di Kampung Bonggol Kambing, Hampar Kanan, Pondok Hampar, Bonggol Besi, Sukamari, Alor Punti, Pondok Haji Husin, Tanjung Radin dan Tanah Merah Dalam, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kampung terbabit dinaiki air setinggi satu hingga dua meter, manakala paras air Sungai Pendang pula melepasi paras amaran tiga meter.

Katanya, operasi memindahkan mangsa banjir masih dijalankan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment