My Add

Monday 22 October 2012

1 maut, 5 cedera kemalangan enam kenderaan

KAMPAR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Seorang lelaki maut manakala lima cedera apabila sebuah bas yang sedang ditunda trak dan lima buah kereta terbabit dalam kemalangan di Kilometer 302.2 Lebuh raya Utara-Selatan dekat Kampar awal hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 4.10 pagi ini, Lim Cheng Guan, 30, berasal dari Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. 

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, nahas itu berlaku apabila bas yang sedang ditunda trak itu dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta yang kemudiannya terbabas.

Kereta yang dipandu mangsa kemudiannya merempuh belakang kereta yang terbabas itu manakala empat lagi kereta yang mengekorinya turut terbabas, katanya kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun pemandu trak dan empat lagi pemandu kereta hanya cedera ringan dan mereka dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kampar, katanya.

Beliau berkata anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment