DAP P. Pinang tidak layan tuntutan JMPP
PULAU PINANG, SELASA, 30 Oktober, 2012: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan melayan tuntutan yang dikemukakan oleh Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) seperti diputuskan dalam Majlis Silaturrahim Ummah pada Ahad lalu selagi tidak menerimanya secara rasmi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima tuntutan tersebut daripada penganjur majlis berkenaan.
Saya tidak diberi tahu mengenai tuntutan berkenaan dan hanya mengetahuinya melalui akhbar.
Oleh itu, tidak perlu untuk saya memberikan sebarang komen berhubung tuntutan-tuntutan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment