My Add

Tuesday, 30 October 2012

Khutbah Aidiladha: Perkasa buat laporan kepada Maik

KOTA BHARU, SELASA, 30 Oktober, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan hari ini membuat aduan rasmi kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berhubung khutbah Aidiladha dikeluarkan Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) yang didakwa bertentangan dengan ajaran Islam.

Aduan tersebut dibuat di pejabat Maik di sini tepat pukul 4 petang ini oleh Setiausaha Perkasa negeri, Sharif Mahmood dengan disertai beberapa ahli pertubuhan itu.

Sharif berkata, laporan berkenaan juga sebagai menyahut seruan Maik sendiri yang meminta mana-mana pihak melakukan aduan rasmi bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

"Khutbah yang dikeluarkan DUPK ini memang bertindak mahu memecahbelahkan umat Islam dan mendorong rakyat untuk membenci kerajaan.

"Sebab itulah kami sebagai rakyat mahu Maik melakukan siasatan terperinci sebab khutbah tidak sepatutnya dimonopoli oleh sesetengah pihak yang mahu memanipulasi rakyat," katanya ketika ditemui selepas mengemukakan aduan tersebut di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment