My Add

Tuesday, 30 October 2012

Insiden di KKIA: TPM minta laporan terperinci

LABUAN, SELASA, 30 Oktober, 2012: Kementerian Pengangkutan diarah mengemukakan laporan terperinci kepada Kabinet mengenai insiden lampu landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang tidak berfungsi pada minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan perkara itu disiasat sehingga ke akar umbi bagi mengenal pasti punca sebenar, sekali gus mengelak perkara itu tidak kembali berlaku.

"Yang penting kita nak tahu apa kesilapan utama, siapa yang bertanggungjawab dan apakah yang perlu dibuat supaya insiden itu tidak berulang.

"Benda ini amat malang kerana penumpang banyak terjejas, saya akan tunggu mungkin dalam mesyuarat Kabinet akan datang pada Jumaat ini," katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerjanya ke Labuan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment