My Add

Tuesday 30 October 2012

Malaysia-Thailand bekerjasama bangun industri halal

Daripada AZRAN FITRI RAHIM
SONGKHLA, SELASA, 30 Oktober, 2012: Malaysia dan Thailand akan berbincang serta mencari kaedah terbaik untuk bekerjasama dalam membangunkan industri halal.

Menteri Perdagangan Antarabangsan dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkara tersebut mendapat tumpuan daripada pemimpin utama kedua-dua negara sejak dahulu sehingga hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun tidak banyak perubahan yang berlaku dan sesuatu harus dilakukan bagi memastikan agenda penting itu dapat dijayakan sepenuhnya.

"Halal merupakan satu isu yang sudah lama kita bincang dengan rakan-rakan di Thailand tetapi tidak banyak bergerak.

"Pada Februari lalu saya berada di Bangkok banyak soalan tertumpu kepada isu halal kerana ia juga mendapat perhatian daripada kerajaan Thailand disebabkan mereka juga mahu membangunkan industri ini.

"Jadi kita akan mempromosikan halal dari Malaysia dan pada masa yang sama kerjasama boleh dilakukan dengan negara tersebut," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat Malaysia di Pejabat Konsulat Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment