musnah selepas bom kereta meletup di Jaramana,semalam. - Foto AP
AMMAN, SELASA, 30 Oktober, 2012: Tentera Syria semalam melancarkan 48 serangan udara paling hebat dalam negara itu sejak pesawat tempur digunakan buat kali pertama musim panas lalu, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).
Penduduk Damsyik melaporkan serangan udara itu ke atas pinggir bandar Qaboun, Zamalka dan Irbin tengah malam kelmarin dan semalam dikatakan paling sengit sejak jet dan helikopter mengebom kedudukan pembangkang di ibu negara itu buat kali pertama Ogos lalu.
Stesen televisyen berkata, wanita dan kanak-kanak adalah antara yang maut akibat bom kereta pengganas berhampiran kedai roti di Jaramana, di tenggara Damsyik. Penduduk Damsyik berkata, wilayah itu dikawal oleh tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad.
Rejim mencari jalan untuk mencapai kemenangan sebenar. Pertempuran berlaku di semua kawasan, kata pengarah badan pemantau itu, Rami Abdel Rahman.
Badan beribu pejabat di Britain itu melaporkan 11 serangan udara ke atas kampung dan bandar seluruh wilayah Idlib, yang menyaksikan tentera rejim dan pejuang pembebasan terbabit dalam pertempuran sengit di pangkalan tentera Wadi Daif.
Kedua-dua pihak saling menuding jari kerana melanggar perjanjian gencatan senjata ketika Aidiladha yang diatur oleh wakil antarabangsa, Lakhdar Brahimi, yang berjanji meneruskan usaha damainya.
Menurut SOHR, dua lelaki maut dan berpuluh lagi cedera dalam serangan di Idlib, dan bilang yang maut berkemungkinan meningkat disebabkan oleh mangsa yang mengalami kecederaan teruk.
Di Damsyik, serangan udara adalah antara yang terhebat kedengaran sejak permulaan konflik 19 bulan Syria.
Pengeboman dilancarkan pada hari terakhir Aidiladha, selepas kegagalan usaha mengekang keganasan di negara itu oleh Brahimi. - AFP
No comments:
Post a Comment