Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
SUBANG, SELASA, 30 Oktober, 2012: Seramai 241 pegawai dan anggota tentera Kumpulan Kedua Batalion Malaysia Kelima (Malbatt V) berlepas ke Lebanon bagi menyertai misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL).
Pasukan tersebut terdiri daripada 18 pegawai, 223 anggota lain-lain pangkat (LLP) termasuk 13 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan enam anggota wanita akan menjalankan tugas pengaman di negara berkenaan selama setahun.
Pasukan pertama Malbatt V yang diketuai oleh Kolonel Zainal Abidin Md. Zin telah berlepas ke Lebanon pada 22 Oktober lalu.
Majlis penghantaran pasukan ini diketuai oleh Timbalan Komander Leftenan Kolonel, Zulkhifli Yunus yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment