Top IT eskport 100,000 unit telefon pintar ke AS
KUALA TERENGGANU, SELASA, 30 Oktober, 2012 Top IT Industries Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang terlibat dengan perniagaan teknologi komunikasi, akan mengeksport 100,000 unit telefon pintar, Magic W3, ke pasaran Amerika Syarikat (AS) mulai bulan depan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata telefon pintar itu adalah antara gajet tercanggih dan turut dilengkapi komputer dengan perisian Windows 7 dan dilengkapi dengan pelbagai akses, setanding telefon pintar keluaran syarikat telekomunikasi gergasi yang lain.
"Bulan lepas, 50 unit telefon itu yang berharga US$1,000 seunit (RM3,052) telah dihantar ke AS untuk ujian pihak pengedar di sana di mana sasaran utama produk itu ialah golongan profesional di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan 2,055 unit komputer riba kepada guru Tahun 5 di Stadium Negeri di sini hari ini.
Produk keluaran Top IT itu mula dilancarkan pada 20 Mac lalu di Primula Beach Resort.
Sebanyak 500 unit telefon tersebut yang mengandungi fungsi hiburan, multimedia, laman sosial, keupayaan navigasi (GPS), sidang video dan internet, telah dikeluarkan untuk pasaran Hong Kong dan China sejak ia dilancarkan.
Ahmad berkata kerajaan negeri berbangga dengan usaha anak syarikatnya itu yang mahu mengorak langkah dengan meneroka pasaran di AS, sekali gus menjadikannya sebagai batu loncatan supaya Top IT lebih dikenali dengan produk berkualiti.
"Pencapaian ini masih belum dapat menandingi kehebatan produk telekomunikasi yang lain, namun ia adalah langkah berani dan proaktif Top IT dalam bidang perniagaan," katanya. - BERNAMA
Hey this is really nice information. I was looking for something similar like this. Thanks for this
ReplyDeleteuseful information.
By
Joney Franklein
SkyCaddie Golf GPS