My Add

Tuesday 30 October 2012

Norshahrul pemain paling bernilai buat kali ketiga

SHAH ALAM, SELASA, 30 Oktober, 2012: Penyerang Harimau Malaya dan Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha diangkat menjadi Pemain Paling Bernilai (MPV) pada musim 2012 buat kali ketiga berturut-turut pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2012 di sini hari ini.

Beliau juga meraih satu lagi anugerah iaitu Penyerang Terbaik sementara penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat muncul sebagai Penjaga Gol Terbaik.

Lain-lain kategori menyaksikan Mohd. Aidil Zafuan dinobat Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah menjadi milik Safiq Rahim dan jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan muncul Jurulatih Terbaik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment