My Add

Tuesday 30 October 2012

2 kakitangan syarikat insuran cedera ditikam penyamun

GEORGE TOWN, SELASA, 30 Oktober, 2012: Dua kakitangan syarikat insuran cedera apabila ditikam oleh seorang lelaki dipercayai penyamun di Lebuh China, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pada kejadian pukul 7 malam, mangsa yang bertugas sebagai pengawal keselamatan syarikat itu, T. Shankar, 30, parah terkena tikaman pisau di perut selain kepalanya dipukul sementara pengurusnya, Loh Wei Lian (he), 46, cedera di pergelangan tangan kanan.

"Sebelum kejadian, mangsa mendekati seorang lelaki yang didapati berkelakuan mencurigakan untuk bertanya apa tujuannya berada berdekatan pejabat mereka.

"Namun, kedua-duanya dicederakan suspek terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis telah menahan seorang lelaki berusia 53 tahun tidak lama selepas kejadian dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment