My Add

Tuesday 30 October 2012

Bekas angkasawan NASA beri ceramah

KUALA LUMPUE, 30 Oktober, 2012: Dr Daniel T Barry, bekas angkasawan NASA, kini berada di Kuala Lumpur selama seminggu untuk membantu menanamkan minat dalam sains dan menyampaikan maklumat menarik kepada generasi muda Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Mohd Yusoff Sulaiman berkata Dr Barry berada di sini bersempena dengan Mesyuarat Kedua Inter Sessional Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC).

GSIAC akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Khamis ini.

Barry dijadual memberikan ceramah awam kepada 500 hingga 700 tetamu dan mengadakan bengkel di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) semalam serta dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Seramai 32 pelajar, berusia antara 13 hingga 16 tahun dijangka menyertai bengkel itu dan pemenang diberikan keistimewaan untuk meraikannya dengan Perdana Menteri pada hari mesyuarat GSIAC berkenaan.

Barry pada masa ini adalah Presiden dan Pengasas Denbar Robotics, syarikat yang memberikan perkhidmatan dalam segmen robotik, kejuruteraan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan operasi dalam persekitaran yang ekstrim.

Beliau juga terbabit dalam pelbagai inisiatif untuk mempromosikan minat dalam sains di banyak negara, terutama di kalangan generasi muda. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment