My Add

Tuesday 30 October 2012

Anggota polis parah ditembak penjenayah

KOTA BHARU, SELASA, 30 Oktober, 2012: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera parah selepas ditembak penjenayah yang cuba melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya di Paloh, Gua Musang di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi ini, Mohd. Shamsul Anuar Mohd. Adnan, 27, terkena tembakan di bahagian dada ketika cuba mengejar dua penjenayah berkenaan yang dipercayai baru sahaja menyamun dua buah kereta dan wang tunai di sebuah rumah di Taman Tropika di bandar Gua Musang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian samun itu segera melakukan Operasi Tutup di Paloh yang terletak lebih 20 kilometer dari bandar Gua Musang untuk mengesan kedua-dua suspek.

"Ketika sekatan tersebut, kedua-dua suspek muncul dengan masing-masing memandu kereta jenis BMW dan Honda, namun mereka segera melakukan pusingan U untuk mengelak daripada ditahan.

"Selepas melihat tindakan suspek, salah seorang anggota kita mengambil langkah berani untuk mengejar suspek namun malangnya dia telah ditembak," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment