PM terima kunjungan Setiausaha Agung ASEAN
PUTRAJAYA, SELASA, 30 Oktober, 2012:: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN, Dr Surin Pitsuwan.
Pertemuan kira-kira 40 minit itu berlangsung di pejabat perdana menteri di bangunan Perdana Putra di sini.
Dr Surin berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah mengenai krisis masyarakat Islam Rohingya serta kejayaan perjanjian damai bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina baru-baru ini.
"Beliau juga mahu melihat kerjasama lebih erat dalam kalangan negara-negara Asean dan Gerakan Global Kesederhanaan (GMM) sebagai satu cara menunjukkan kita berjaya ke arah kesederhanaan," katanya.
Perdana menteri selepas itu turut menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif BAE Systems PLC, Ian King. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment