My Add

Tuesday 30 October 2012

Polis rampas 177,000 rim sport curi, tahan 3 lelaki

SHAH ALAM, SELASA, 30 Oktober, 2012: Polis merampas 177,000 unit rim sport kereta bernilai RM160,000 yang dicuri dari sebuah kontena di Bukit Puchong serta menahan tiga lelaki dipercayai suspek kes itu, di sebuah restoran di Taman Meranti Jaya, Puchong semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, rampasan rim sport buatan China itu dilakukan di beberapa lokasi sebaik polis memberkas ketiga-tiga suspek terbabit yang berumur antara 27 dan 48 tahun.

Beliau berkata, rampasan pertama membabitkan 1,581 unit rim sport yang disembunyikan dalam sebuah treler berwarna biru yang diletakkan di kawasan Putra Perdana, Puchong kira-kira pukul 3 pagi hari yang sama.

"Rampasan kedua dilakukan di sebuah kedai aksesori kereta di Batu Caves kira-kira sejam kemudian dan menemui 196 unit rim sport.

"Manakala operasi di Taman Kinrara, Puchong membabitkan sebuah kontena kosong pada pukul 2.30 petang hari yang sama,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd. Adnan berkata, ketiga-tiga suspek terbabit dipercayai telah memindahkan kesemua rim sport yang dicuri dari kontena asal ke dalam treler berwarna biru yang ditemui ketika rampasan pertama dilakukan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment