My Add

Tuesday 30 October 2012

Polis tunggu laporan rasmi pihak berkuasa Lebanon

KOTA BHARU, SELASA, 30 Oktober, 2012: Polis masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa Lebanon berhubung sebab utama penahanan dua rakyat negara ini di Beirut Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiada perkembangan terbaharu yang boleh dihebahkan mengenai perkara itu selagi laporan berkenaan belum diterima.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal mengenai punca penahanan kedua-dua lelaki itu.

"Memang kita sahkan mereka telah ditahan jadi sekarang ini kita tunggu laporan dulu sebab apa ditangkap kerana kita belum tahu lagi kerana tak ada pasport ke, pasport mati ke jadi tunggu dulu.

"Jadi eloklah kita jangan membuat kesimpulan awal tentang apa juga tindakan dia (mereka) atau sebab apa dia (mereka) ditahan di Lebanon," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment