My Add

Friday 26 October 2012

2 sahabat maut ketika pulang beraya

KUANTAN, JUMAAT, 26 Oktober, 2012: Hasrat dua sahabat untuk pulang berhari raya di kampung halaman tidak kesampaian apabila kedua-dua mereka terbunuh dalam nahas di Kilometer 71 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kampung Sungai Yu, Kuala Lipis semalam.

Dalam kemalangan pukul 7.45 pagi itu, kereta Perodua Kancil yang dipandu Mohamad Syafiq Mohd. Rosdi, 22, dan penumpangnya, Fahmee Izzuddin, 20,

dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Kota Bharu, Kelantan.

“Kereta itu kemudian bertembung dengan kereta peronda polis jenis Proton Waja. Berikutan itu, kereta Perodua Kancil itu berpusing beberapa kali sementara Proton Waja terbabas dan melintang di atas jalan sebelum dirempuh sebuah lori dari belakang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment