My Add

Sunday 7 October 2012

72 peratus jemaah Malaysia sudah berada di tanah suci

MEKAH, AHAD, 07 Oktober, 2012: Seramai 19,764 orang atau 72 peratus daripada 28,000 jemaah Haji Malaysia, sudah berada di tanah suci.

Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji, Mohamad Naser Jaffar berkata, daripada jumlah itu, 17,915 jemaah sudah berada di kota Mekah manakala selebihnya masih di Madinah dan akan bertolak ke Mekah esok.

"Selepas ini, semua penerbangan haji dari Malaysia akan mendarat di terminal penerbangan haji di Jeddah, dan jemaah akan terus dibawa masuk ke Makkah," katanya kepada pemberita di pusat operasi Tabung Haji di sini hari ini.

Beliau juga berkata sehingga kini, 58 daripada 77 penerbangan yang membawa jemaah haji telah berlepas dari tanah air ke tanah suci.

Penerbangan pertama ialah pada 17 September lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment