My Add

Tuesday 9 October 2012

729 pusat penempatan banjir disedia di Kelantan

KOTA BHARU, SELASA, 09 Oktober, 2012: Jabatan Meteorologi meramalkan banjir akan berlaku pada kadar biasa di negeri ini tidak lama lagi berdasarkan kepada catatan paras hujan sejak beberapa bulan lalu.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, semua kelengkapan untuk menghadapi bencana itu telah disediakan termasuk keperluan logistik dan bekalan makanan kepada mangsa yang terjejas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat berkata, sebanyak 729 pusat penempatan banjir telah bersedia beroperasi yang keseluruhannya boleh menampung sehingga lebih 150,000 mangsa.

"Apabila Jabatan Meteorologi meramalkan keadaan hujan seperti biasa maka banjir akan berlaku juga pada kadar biasa dan setakat ini 70 peratus jumlah hujan yang diramal telah turun maka 30 peratus lagi kita tidak tahu.

"Oleh itu, kita siap siaga termasuk 170 pengkalan hadapan, 110 tempat pendaratan helikopter dan 1,765 petugas di semua daerah seluruh Kelantan manakala 177 orang lagi bertugas di pusat kawalan banjir utama," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment