My Add

Wednesday 17 October 2012

Anggota terakhir kumpulan KK Merah berjaya diberkas polis

KUANTAN, RABU, 17 Oktober, 2012: Anggota terakhir kumpulan "KK Merah" yang diburu polis selepas dipercayai terbabit dalam kes samun dan bunuh, berjaya diberkas polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata, suspek, berumur 28 tahun itu berjaya diberkas di rumahnya di Kampung Tebing Tinggi, Temerloh pada kira-kira 6.15 petang semalam.

"Anggota terakhir kumpulan itu berjaya ditahan di rumahnya selepas pihak keluarganya menghubungi pihak polis. Suspek pulang ke rumahnya itu untuk bertemu isterinya selepas menyembunyikan diri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment