My Add

Friday 19 October 2012

Buku Panduan Penjelasan Isu Semasa tidak salah guna kuasa

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menafikan dakwaan salah guna kuasa dan dana awam bagi menerbitkan Buku Panduan Penjelasan Isu Semasa.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dakwaan berkenaan merupakan satu pandangan sempit dan sesat kerana sememangnya menjadi tugas kementerian menerangkan sesuatu isu.

"Sekiranya kerajaan ditohmah ataupun bekalan air di Selangor tidak sampai kepada rakyat, kita menerangkan sebab-musabab, apakah ini menyalahgunakan kuasa?

"Sekiranya Jabatan Audit Negara tidak berbuat sedemikian, pihak pembangkang harus tutup mulut. Kalau audit mengatakan ini salah guna kuasa, barulah kita ambil perhatian dan siasat semula," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Pemasyhuran u-Pustaka, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment