My Add

Thursday 18 October 2012

Bumbung rumah banglo runtuh, satu maut 4 terperangkap

 *PEMENDANGAN di kawasan bumbung rumah banglo runtuh.
ISMADI ISMAIL
SHAH ALAM, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Empat pekerja ubah suai rumah dipercayai terperangkap selepas bumbung rumah yang masih dalam proses pengubahsuaian runtuh, kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5 di sini, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Difahamkan, dua mangsa berjaya dikeluarkan jam 4.55 petang tadi dengan bantuan bomba.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.

“Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.

“Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk maklumkan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment