My Add

Saturday 20 October 2012

CPI naik 1.3 peratus pada September

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 19 Oktober, 2012: Indeks Pengguna Malaysia (CPI), yang merupakan ukuran untuk inflasi, naik 1.3 peratus kepada 105.2 pada September daripada 103.8 pada bulan yang sama tahun lalu.

CPI juga meningkat 0.2 peratus berbanding Ogos, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini. 

CPI bagi tempoh Januari kepada September naik 1.8 peratus kepada 104.7 daripada 102.9 pada tempoh yang sama tahun lalu.

Indeks untuk makanan dan minuman bukan alkohol bagi September menunjukkan peningkatan 2.4 peratus dan 0.8 peratus setiap satu, berbanding dengan bulan yang sama tahun lalu.

Bagi sembilan bulan pertama tahun ini, indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol dan bukan makanan meningkat 2.9 peratus dan 1.2 peratus, setiap satu.

Indeks bagi bukan makanan naik 0.3 peratus sementara bagi makanan dan minuman bukan alkohol kekal tidak berubah pada 108.0.

Peningkatan 1.8 peratus dalam CPI disebabkan oleh kenaikan indeks bagi semua kumpulan utama kecuali indeks komunikasi (-0.6 peratus), pakaian dan kasut (-0.5 peratus). 

Kenaikan yang ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+2.9 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+1.6 peratus) dan pengangkutan (+0.7 peratus).

Lain-lain peningkatan adalah restoran dan hotel(+3.1 peratus), pendidikan (+2.5 peratus), hiasan, perkakasan dan penyenggaraan isi rumah dan pelbagai barangan dan perkhidmatan 2.2 peratus setiap satu, kesihatan (+2.1 peratus), perkhidmatan rekreasi dan budaya (+1.6 peratus) sementara indeks untuk minuman beralkohol dan tembakau naik 0.1 peratus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment