My Add

Thursday 11 October 2012

Draf undang-undang benarkan berkhatan di Jerman diluluskan

BERLIN, KHAMIS, 11 0ktober, 2012: Kabinet Jerman semalam meluluskan draf undang-undang untuk membenarkan amalan berkhatan di negara ini selepas mahkamah memutuskan bahawa amalan itu tidak mendatangkan kemudaratan.

Menteri Kehakiman, Sabine Leutheusser-Schnarrenberger dalam kenyataannya berkata, penggubalan undang-undang baharu itu yang hanya akan diluluskan di Parlimen, sekali gus membolehkan amalan berkhatan dilaksanakan di Jerman.

Katanya, pindaan terbaru itu akan mengenepikan undang-undang yang dibuat oleh sebuah mahkamah di Cologne sebelum ini yang melarang amalan berkhatan. - AFP

No comments:

Post a Comment