My Add

Sunday 7 October 2012

Elaun RT RM300

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
GEORGETOWN - Elaun bulanan kepada jawatankuasa Rukun Tetangga (RT) bagi setiap kawasan di seluruh negara akan dinaikkan dari RM200 kepada RM500 tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, penambahan itu bagi membolehkan sukarelawan RT menjalankan tugas lebih efisien dan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukarela.

Beliau berharap insentif itu dapat menyemarakkan semangat kejiranan bagi memupuk keharmonian dan perpaduan di peringkat akar umbi.

Selain itu, peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) mendapat perlindungan insurans sebanyak RM40,000 untuk kos perubatan jika mengalami kecelakaan ketika menjalankan tugas dan RM20,000 untuk kejadian yang berlaku di luar tugasan.

"Sehingga kini, terdapat 5,959 (unit) RT di seluruh negara berbanding 3,995 pada 2009.

"Bilangan SRS pula meningkat kepada 3,279 berbanding 1,284 pada 2009," katanya kepada media selepas merasmikan Program Selangkah ke Universiti di Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment