My Add

Saturday 13 October 2012

Enam jemaah haji Malaysia meninggal

BALING, SABTU, 18 Oktober, 2012: Enam jemaah haji Malaysia meninggal dunia ketika menunaikan rukun Islam kelima itu, akibat masalah kesihatan termasuk komplikasi jantung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata mereka yang meninggal berusia dalam lingkungan 50-an dan terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita.

Beliau berkata mengikut perjanjian awal, setiap jemaah haji yang meninggal dunia di Arab Saudi, jenazah mereka tidak dihantar balik dan dikebumikan di sana.

"Jenazah mereka akan dikebumi sama ada di Mekah atau di Madinah. Orang dulu-dulu berdoa nak mati di Mekah, nak mati di Madinah sebab itu polisi yang dipersetujui oleh semua, termasuk jemaah haji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Persekolahan sesi 2013 di Kompleks Rakan Muda Baling hari ini.

Pada majlis itu, seramai 400 pelajar sekolah rendah dalam daerah Baling, yang terdiri daripada golongan keluarga miskin dan anak yatim, menerima set barangan bernilai RM215 setiap seorang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment