My Add

Friday 5 October 2012

Filem pembunuhan Osama Laden ditayang 4 November

 LOS ANGELES: Filem penangkapan dan pembunuhan Osama bin Laden akan ditayangkan bulan depan menerusi National Geographic Channel, dua hari sebelum pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Saluran itu akan menayangkan “Seal Team Six: The Raid on Osama bin Laden”, yang diedarkan The Weinstein Co pada hari Ahad, 4 November depan.
Pengerusi bersama syarikat itu, Harvey Weinstein adalah pengumpul dana bagi kempen pilihan raya semula Presiden Barack Obama. - AP


No comments:

Post a Comment