My Add

Friday 12 October 2012

Filem sekarang kurang mendidik masyarakat: Seniwati Sarimah

GEORGETOWN, JUMAAT, 12 Oktober, 2012:: Skop filem tempatan kini semakin sempit kerana penggiat industri lebih menumpukan kepada 'box office' berbanding usaha mendidik masyarakat, kata Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

Beliau berkata, sesebuah filem sepatutnya dapat dijadikan teladan oleh masyarakat, seperti yang diusahakan penerbit era dahulu terutama seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. 

"Filem yang dapat beri pengajaran kepada orang kita semakin kurang titik beratkan. Dah tiba masanya kita ubah perkara ini untuk tingkat kualiti kehidupan dan banyak belajar dari filem yang baik," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Bual Bicara Bersama Seniwati Datuk Sarimah Ahmad Dalam Filem Tan Sri P. Ramlee anjuran Persatuan Peminat P. Ramlee Pulau Pinang, Persatuan Melayu Pulau Pinang dan Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang di sini.

Beliau menyifatkan P. Ramlee sebagai insan yang sentiasa memandang ke hadapan serta mempunyai firasat tinggi kerana ada antara jalan cerita dalam filemnya benra-benar berlaku pada zaman ini.

"Beliau insan istimewa banyak perkara yang dia cakap akan berlaku. Sumbangannya paling bermakna adalah akronim pawagam yang pada asalnya adalah panggung wayang gambar. Itu beliau sendiri yang cipta sampai sekarang kita guna," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment