My Add

Monday 15 October 2012

Hasan Ali tidak keseorangan

Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
KUALA LUMPUR, AHAD, 14 Oktober, 2012: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali tidak berseorangan dalam menyuarakan pandangannya agar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya, Datuk Haron Din.

Sebaliknya, menurut Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Datuk Dr. Azrae Idris, pendirian itu mewakili sebahagian besar ahli Pas yang mahu melihat parti itu kembali kepada dasar dan matlamat perjuangan asal.

Katanya, ramai ahli Pas yang berhasrat melihat transformasi dalam barisan kepimpinan tertinggi parti itu, namun mereka tidak bersuara kerana khuatir diperlakukan seperti Hasan yang akhirnya disingkirkan.

“Ahli Pas sudah tidak boleh bercakap kerana Pas tidak lagi demokratik.

“Jadi sebagai orang luar yang begitu mengenali Pas, tindakan Hasan mengeluarkan pandangan adalah wajar dan tepat kerana beliau telah bersuara bagi pihak sebahagian besar ahli parti tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment