My Add

Wednesday 17 October 2012

Imigresen Kelantan tahan 36 pendatang asing

KOTA BHARU, RABU, 17 Oktober, 2012: Jabatan Imigresen Kelantan menahan 36 pendatang asing tanpa izin dalam operasi khas yang diadakan di Aring, Gua Musang bermula tengah malam tadi hingga awal hari ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa jabatan itu, Abdul Basek Abu Bakar berkata, kesemua pendatang asing itu ditahan di beberapa lokasi di tapak pembinaan dan perladangan termasuk sekatan jalan raya.

"Kesemua mereka itu berumur antara 14 dan 44 tahun ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah dan tinggal melebihi tempoh di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Basek berkata, pendatang asing yang ditahan itu adalah warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Pakistan dan Thailand yang kesemuanya lelaki.

Katanya, kesemua pendatang asing itu akan dihantar ke depoh tahanan jabatan itu di Tanah Merah sementara menunggu arahan selanjutnya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment