My Add

Friday 5 October 2012

IPO Malaysia pecah rekod

 SINGAPURA, JUMAAT, 05 Oktober, 2012: Tawaran awam awal (IPO) AS$1.5 bilion daripada pembekal siaran TV berbayar, Astro Malaysia Holdings Bhd, menjadi penyenaraian Malaysia bernilai berbilion yang ke-tiga tahun ini dan menjadikan jumlah IPO dari syarikat Malaysia kepada AS$7.3 bilion untuk tahun ini setakat ini, mengatasi rekod tahunan yang dicatatkan pada 2010 (AS$6.9 bilion).

Menurut Thomson Reuters Investment Banking Scorecard, didorong oleh kerancakan tawaran, penyenaraian Kuala Lumpur kini menduduki tempat keempat secara global, di belakang Nasdaq, Bursa Saham New York dan Tokyo First Section, mengikut hasil yang dikumpulkan. 

Ia berkata, CIMB Group Sdn Bhd mendahului penarafan untuk taja jamin IPO Malaysia tahun ini dengan hasil sebanyak AS$1.4 bilion bagi 20.1 peratus perkongsian pasaran, diikuti Deutsche Bank dan Maybank Bhd, setiap satunya dengan 12.2 peratus perkongsian pasaran tahun ini.

JP Morgan dan Morgan Stanley pula menduduki tempat keempat dan kelima.

Laporan itu berkata, penggabungan dan pengambilalihan syarikat telekomunikasi naik dua peratus daripada 2011.

Syarikat telekomunikasi China, AS dan Russia mewakili 59 peratus urus niaga keseluruhan dalam sektor itu tahun ini, satu peningkatan berbanding 25 peratus sepanjang tahun setakat ini 2011. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment