Jangan terpengaruh tuntutan kebebasan bersuara
KUALA LUMPUR, SABTU, 13 Oktober, 2012: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik.
Baginda yang juga Canselor UPM turut berharap mahasiswa tidak terjebak dengan budaya negatif seperti politik kepartian dalam kampus dan tidak terlalu taksub dalam mengikuti perkembangan politik semasa.
"Beta berharap ilmu yang dipelajari dijadikan panduan dan pedoman untuk berjaya dengan cemerlang tanpa mengorbankan nilai-nilai yang menjadi teras masyarakat di negara ini," titah baginda pada majlis Konvokesyen UPM ke-36 di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment