My Add

Wednesday 17 October 2012

Jayakan pelan damai MILF

*NAJIB Tun Razak (empat dari kanan) mengadakan pertemuan dengan ahli Majlis Perniagaan Malaysia-Filipina sempena lawatan rasmi tiga harinya ke Filipina di Manila yang berakhir, semalam. - BERNAMA
Oleh Ramli Abd. Karim
MANILA, SELASA, 16 Oktober, 2012" Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro yang ditandatangani semalam tidak akan mengulangi kegagalan mempertahankan perjanjian damai sebelum ini jika ia disusuli segera tindakan memastikan masyarakat di wilayah itu merasai manfaatnya secepat mungkin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam hal ini, semua pihak terutama kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah memberi komitmen untuk melaksanakan langkah-langkah mempertahankan perjanjian itu terutama membawa pembangunan pelbagai bidang ke Mindanao.

Menurutnya, ini kerana, pengalaman dalam perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) sebelum ini jelas merumuskan bahawa kegagalan mempertahankannya adalah disebabkan masyarakat tidak merasai apa-apa manfaat daripadanya.

“Pada kali ini, Murad Ebrahim (Pengerusi MILF) sendiri pun sedar. Saya sudah berbincang dengan beliau, cabaran besar baginya adalah bagaimana beliau hendak memastikan manfaat pelan damai ini dapat dirasai oleh pengikut-pengikutnya dalam jangka masa paling pendek.

“Kalau tidak, mungkin mereka bukan saja tertanya-tanya, malah mereka ini akan menjadi gelisah. Ini kerana masyarakat di wilayah itu sangat dahagakan perubahan terhadap masa depan mereka," katanya kepada wartawan Malaysia selepas Majlis Mesra Bersama Rakyat Malaysia di sebuah hotel lain di sini malam tadi.

Najib berada di sini bagi lawatan rasmi tiga hari termasuk untuk menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro antara kerajaan Filipina dan MILF di Istana Malacanang semalam. Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas pulang ke tanah air pagi ini. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment