My Add

Wednesday 10 October 2012

KDRM Melaka rampas rokok seludup RM3.9 juta

AYER KEROH, RABU, 10 Oktober, 2012: Sebanyak 7.8 juta batang rokok pelbagai jenama disyaki diseludup dari negara jiran, dirampas dari sebuah gudang plastik di Taman Tasik Utama, disini, tengah hari tadi.

Sepasukan lapan anggota penguatkuasa Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang membuat rampasan itu menganggarkan rokok berkenaan mempunyai nilai cukai berjumlah kira-kira RM3.9 juta. 

Pengarah JKDM negeri, Datuk Mohd Nasir Said berkata, susulan rampasan pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang menjaga premis itu- BH

No comments:

Post a Comment