My Add

Tuesday 2 October 2012

Kerajaan setuju hanya satu badan kutip royalti seni

KUALA LUMPUR, SELASA, 02 Oktober, 2012: Kerajaan bersetuju untuk memberi kuasa kepada satu sahaja badan pengutip royalti penggiat seni berbanding tiga badan sekarang bagi memastikan pengagihannya dilakukan dengan lebih telus dan teratur.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata persetujuan itu dicapai dalam dialog tahunan bersama pihak industri seni dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 27 Sept lepas agar tiada lagi timbul aduan membabitkan soal royalti. Beliau bagaimanapun tidak memberitahu bila langkah tersebut akan dilaksanakan.

Kutipan royalti dari tiga badan pengutip adalah sebanyak RM85.4 juta untuk tahun lalu, RM70 juta (2010), RM65.79 juta (2009), RM57.44 juta (2008), RM48.5 juta (2007), RM41.77 juta (2006), RM39.78 (2005) dan RM34.81 (2004), katanya ketika menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) mengenai kaedah kutipan dan jumlah royalti artis, di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya kerajaan tidak tahu jumlah yang telah diagihkan kepada penggiat seni kerana tiada badan induk yang khusus sebelum ini bagi menjaga kepentingan industri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment