My Add

Friday 26 October 2012

Kes rayuan dua anggota polis dalam pembunuhan Altantuya ditangguh

PUTRAJAYA, KHAMIS, 25 Oktober, 2012: Pendengaran kes rayuan dua bekas komando Unit Tindakan Khas (UTK) yang dihukum mati atas pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006, ditangguhkan.

Sebelum ini tarikh pendengaran kes rayuan, yang dijadual didengar pada Ogos lalu, ditangguh pada 31 Oktober dan 1 November oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, N Kanageswari, Julai lalu.

Pendaftar Mahkamah Rayuan serta peguam Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri dan peguam bersama Kitson Foong bagi Koperal Sirul Azhar Umar, mengesahkan tarikh pendengaran kes itu dikosongkan. Bagaimanapun, tiada tarikh baru ditetapkan.

Hazman, ketika dihubungi, berkata kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memerlukan lebih masa untuk meneliti rekod rayuan yang mengandungi 65 jilid.

Sementara itu, Foong, ketika dihubungi, berkata kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan membuat permohonan untuk menangguhkan pendengaran kes itu.

Beliau berkata, satu lagi tarikh pengurusan kes akan ditetapkan.

Menurutnya, bagi Sirul Azhar, pihak pembelaan akan membangkitkan sekurang-kurangnya 26 isu semasa rayuan itu nanti. 

Azilah, 34 dan Sirul Azhar, 39, disabit dan dikenakan hukuman mati oleh oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh model sambilan itu ketika berusia 28 tahun.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu itu antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia iti dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008, selepas pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadapnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment