My Add

Tuesday 23 October 2012

KL-China tangani jenayah pemerdagangan manusia

*HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersama Meng Jianzhu bersalam dengan sebahagian delegasi Mesyuarat Pertama Kerjasama Kumpulan Kerja antara Malaysia dan China dalam Membanteras Jenayah Rentas Sempadan di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, ISNIN, 22 Oktober, 2012: Jangkaan lima juta rakyat China masuk ke negara ini dalam tempoh setahun pada masa hadapan dilihat memberi cabaran besar buat negara dalam menangani ancaman jenayah tanpa sempadan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan, pertambahan kemasukan warga China ke Malaysia bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi negara malah membuka peluang kepada jenayah terutama isu membabitkan pemerdagangan manusia.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hubungan erat antara Malaysia dan China harus diambil kesempatan oleh setiap agensi di bawah kementerian ini bagi menangani masalah itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment