My Add

Tuesday 2 October 2012

Kokej Yayasan Sabah diyakini akan capai status universiti

KOTA KINABALU, SELASA, 02 Oktober, 2012: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yakin Kolej Yayasan Sabah (KYS) akan terus menempuh kejayaan lebih besar, sekali gus merealisasikan impian kolej itu menjadi sebuah universiti.

Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan jumlah graduan yang berjaya menamatkan pengajian di kolej berkenaan semakin meningkat.

Sambil memberi contoh majlis konvokesyen KYS tahun ini, Musa berkata seramai 506 graduan menerima anugerah diploma dan sijil masing-masing berbanding hanya 372 graduan pada majlis yang sama tahun lepas.

"Dengan peningkatan ini, saya amat berkeyakinan KYS akan mencapai status sebagai sebuah universiti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian konvokesyen KYS kali ke 17 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah, dekat sini hari ini.

Musa memuji kejayaan KYS mempelopori pembelajaran akademik, teknikal dan kemahiran vokasional dengan menggunakan model kurikulum yang diberi nilai tambah serta pedagogi terkini yang lebih anjal.

Sehubungan itu, Musa menyarankan agar KYS sentiasa sensitif kepada perkembangan semasa yang berlaku terhadap perubahan landskap ekonomi negara dan dunia.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment