My Add

Friday 19 October 2012

Konsep bina, jual mulai 2015


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Oktober, 2012: Semua pemaju perumahan akan diwajibkan melaksana konsep ‘bina kemudian jual’ mulai 2015 bagi mengelakkan pembeli teraniaya akibat projek terbengkalai.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung (gambar) berkata, menerusi konsep tersebut pembeli cuma membayar 10 peratus deposit dan baki 90 peratus lagi hanya dibayar selepas rumah siap.

Katanya, sehingga kini empat syarikat milik kerajaan (GLC) yang terbabit dalam sektor perumahan sudah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan konsep tersebut lebih awal iaitu mulai tahun depan.

“Kerajaan memandang serius masalah rumah terbengkalai dan berdasarkan kajian menyeluruh, mulai 2015 polisi baru akan diperkenalkan iaitu semua pemaju wajib melaksanakan konsep ‘bina kemudian jual’. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment